Friday, November 26, 2010

Syarikat milik bumiputera hasilkan santan daripada kelapa sawit

Sumber: Utusan Malaysia

Syarikat milik bumiputera hasilkan santan daripada kelapa sawit

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Masalah kekurangan santan kelapa di pasaran kini boleh diatasi dengan penggunaan santan kelapa sawit sebagai alternatif baru dalam masakan.
Ia berikutan kejayaan sebuah syarikat milik bumiputera, Premium Food Corporation Sdn. Bhd. menghasilkan santan daripada kelapa sawit selepas menjalankan penyelidikan sendiri bagi menilai dan mengenal pasti keupayaan komoditi itu untuk diproses menjadi santan.
Menurut Pengarah Urusannya, Jasri Mohd. Rashid, idea untuk mengusahakan santan kelapa sawit tercetus selepas beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
"Pengalaman 10 tahun bersama syarikat pengeluar makanan bertaraf antarabangsa, Nestle dan beberapa tahun dalam bidang perhotelan sedikit sebanyak membantu saya dalam menghasilkan produk ini.
"Syarikat saya yang mula beroperasi sejak hujung Ogos lalu kini dalam proses untuk memasar dan mengembangkan produk ini ke seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Jasri, buat masa ini, produk keluaran syarikatnya sudah berjaya menembusi beberapa pasar raya di negara ini.
"Produk ini yang berjenama 'Khalis' boleh didapati di 15 buah cawangan pasar raya besar Giant, lima cawangan pasar raya Bintang serta tiga cawangan pasar raya Mydin sekitar Lembah Kelang.
"Kami juga kini mempunyai rangkaian pengedar di beberapa negeri termasuk Johor, Melaka, Perak dan Pahang," ujar beliau.
Jelas Jasri, minyak daripada kelapa sawit dicampurkan dengan bahan tertentu untuk diproses menjadi santan yang warnanya sama seperti santan kelapa.
Menurutnya, santan kelapa sawit sebenarnya lebih sedap dan menyihatkan, mengandungi nutrien yang tinggi, rendah lemak serta tiada kolestrol.
"Santan ini juga tidak mudah rosak dan sesuai digunakan untuk semua jenis masakan termasuk bubur dan minuman cendol serta air bandung. Sekiranya ia disimpan di bawah suhu lima darjah celsius, jangka hayat santan ini boleh mencapai tiga bulan," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai santan kelapa sawit boleh mengunjungi gerai bernombor B187-B204 pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) yang bermula esok sehingga 5 Disember depan di Serdang dekat sini.
Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web www.khalissantan.com atau menghubungi talian 03-89428360 untuk tujuan sama.

Wednesday, November 24, 2010

Perbualan Nabi Muhammad s.a.w Dengan Iblis

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Soalan Nabi s.a.w :
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis:
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w: :
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis:
"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w :
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis:
"Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makand aripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w :
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis:
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w :
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda,maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w:
"Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis:
"Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, mak abetapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap LaIllahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis :
"Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya kehadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)!Demi kebesaran Ku dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sediaMengampuni dosa umat Muhammadselagi mereka itu meminta ampunkepada Ku".

Maka kata Iblis :
"Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu . Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah :
"Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) . Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duka cita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPU DAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA.....

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Tuesday, November 23, 2010

MAHA 2010-Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show



The Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS): Maeps merupakan showground yang terbesar di Asia yang dilengkapi dengan kemudahan eksposisi yang paling menyeluruh. Dimiliki oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani Malaysia, MAEPS dilahirkan pada platform yang sama seperti mana yang telah digunakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah berjaya mengubah citra sektor pertanian dengan motto "Pertanian adalah perniagaan" untuk MAHA yang sebelumnya.


Halaman pameran ini yang berukuran sebesar 100 hektar telah membuktikan bahawa ia merupakan sebuah kemudahan eskposisi yang menjuarai kemudahan-kemudahan eksposisi yang terdapat di seluruh Asia.

Tarikh pameran pada 26 Nov - 5 Dis 2010

Jom kita pergi ramai-ramai

Monday, November 22, 2010

Sains dan Teknologi


Pengalaman terbang bersama NASA

 Sumber: Utusan Malaysia 22/11/2010

SELEPAS kejayaan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), seorang lagi anak tempatan melakar sejarah membanggakan di dalam bidang sains angkasa.
Saintis tempatan di Amerika Syarikat (AS), Dr. Amani Salim, 32, baru-baru ini menjadi rakyat Malaysia pertama mengikuti penerbangan graviti sifar melalui program di bawah tajaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
Penyertaan Amani di dalam program penerbangan Persekitaran Angkasa Untuk Teknologi (FAST) itu merupakan sebahagian daripada penyelidikan kumpulannya dari Universiti Purdue terhadap tindak balas antara sel tumbuhan terhadap graviti yang diubah.
Amani yang bertugas sebagai penyelidik di universiti itu pada 27 September lalu menyertai beberapa siri penerbangan parabolik yang memberikan pengalaman tanpa graviti seperti berada di angkasa lepas.
Beliau berkata, penerbangan pesawat Zero-Gravity dari lapangan terbang Ellington Field di Texas mensimulasikan persekitaran graviti yang dikurangkan dengan melakukan penerbangan secara turun naik (parabolik).
Penerbangan yang dikongsi bersama beberapa kumpulan penyelidik lain itu terbang pada ketinggian kira-kira 10,300 meter sebelum menjunam untuk menghasilkan keadaan tanpa berat seperti berada di angkasa lepas.
Menurut Amani, sensasi terapung bebas di dalam pesawat Boeing 727 itu dirasakan selama kira-kira 30 saat setiap kali pesawat terbang menjunam.
"Untuk mendapatkan keadaan tanpa graviti seperti itu secara berulang-ulang, pesawat harus terbang mencapai ketinggian kira-kira 10 batu dari bumi sebelum menjunam semula.
"Penerbangan secara turun naik yang dilakukan seperti pergerakan rollercoaster itu dinamakan penerbangan parabolik," katanya ketika dihubungi penulis, baru-baru ini.
Pada program penerbangan di bawah kendalian dan kontrak NASA itu, Amani dan pasukan diketuai oleh Penyelidik Prinsipal Univerisiti Purdue, Dr. Marshall Porterfield.
Ujar beliau, objektif utama penyelidikan adalah untuk menguji makmal pada sebuah cip (elektrofisiologi sel atau biocip) serta peralatan-peralatan yang berkaitan dengan persekitaran graviti boleh berubah.
Sebahagian daripada kajian yang dilakukan sepanjang penerbangan yang ditaja sepenuhnya oleh NASA itu termasuk eksperimen ke atas mekanisme deria graviti bagi spora tumbuan paku pakis yang memberikan rujukan penting kepada sistem tanaman.
"Kajian yang dilakukan baru-baru ini itu diharap dapat dijadikan persediaan untuk penyelidikan kami pada masa akan datang," ujar anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Selain itu, penyelidikan turut mengkaji pemanfaatan sumber daya di bulan dan pemantauan prestasi manusia pada persekitaran graviti mikro.
Amani yang merupakan penyelidik pasca-siswazah di Fakulti Pendidikan Kejuruteraan dan Pusat Nanoteknologi Birck, Universiti Purdue menyifatkan pengalaman yang dilalui sebagai suatu yang cukup berharga.
"Kumpulan kami bertuah kerana dipilih untuk mengikuti dan melakukan penyelidikan di ruang graviti sifar bersama beberapa angkasawan NASA dan penyelidik lain.
"Untuk merebut peluang itu, kami terpaksa bersaing dengan lebih 40 kumpulan penyelidik dari universiti terhebat di dunia," katanya yang menetap di Amerika Syarikat sejak 14 tahun lalu.
Jelas Amani lagi, persaingan antara kumpulan penyelidik untuk mendapatkan peluang mengikuti penerbangan parabolik sememangnya sengit.
"Permohonan bermula dengan penilaian pihak NASA terhadap potensi kajian yang dilakukan dan sumbangannya kepada sains,''ujarnya.
Tambah beliau, sebahagian daripada kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa menghadapi penerbangan penting itu adalah ketika 'mengubahsuai' bilik hotel menjadi makmal sementara.
"Kumpulan kami terpaksa menghalang pekerja hotel daripada mengemas bilik kami kerana segala peralatan yang kami ada sangat 'mencurigakan," selokanya.
Di antara kumpulan lain yang turut melakukan penyelidikan bersama NASA pada program itu termasuk wakil universiti dan perusahaan kecil dari Massachusetts, New York, Maryland, Florida, Ohio, Indiana, Texas dan California.
Amani yang memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan BioMEMS dan Mikroelektronik memberitahu, penerbangan graviti sifar itu merupakan sebahagian daripada program FAST yang dimulakan NASA sejak tiga tahun lalu.

Sunday, November 21, 2010

Hakikat Benar



Sumber buku: Indahnya Hidup Bersyariat (klik sini untuk beli)
Penulis: Dato' Ismail Kamus
            Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid




 



Lima cabang hakikat benar
  1. Benar dalam menepati janji
  2. Benar dalam perkataan
  3. Benar dalam niat dan kehendak
  4. Benar dalam keazamaan
  5. Benar dalam amalan
Sama-salah kita mengambil iktibar dan mengamalkannya
Klik sini untuk beli

Saturday, November 20, 2010

Sebab-sebab doa tidak diterima Allah

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat (klik sini untuk beli)
Penulis: Dato Ismail Kamus
            Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid









Sebab-sebab doa tidak diterima Allah
  1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhannya
  2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunnahnya
  3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya
  4. Menikmati nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepadanya
  5. Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya
  6. Mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya
  7. Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya
  8. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya
  9. Bangun dari tidur lalu mencerikan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri
  10. Mengebumikan mayat sahabat-sahabatnya, tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Bersama-samalah kita mengambil ikhtibar.
klik sini untuk beli 

Friday, November 19, 2010

Waktu yang baik untuk berdoa

Sumber buku: Indahnya Hidup Bersyariat (klik untuk beli)
Penulis: Dato Ismail Kamus
            Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid








Waktu Yang Baik Untuk Berdoa
  1. Pada malam Qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan)
  2. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wukuf di Arafah)
  3. Pada bulan Ramadhan
  4. Pada hari Jumaat
  5. Waktu jumaat (ketika imam duduk seketika di mimbar)
  6. Pada tengah malam
  7. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)
  8. Sepertiga malam yang pertama (jam 6-10 malam)
  9. Sepertiga malam terakhir (selepas jam 2 pagi)
  10. Pada waktu sahur
  11. Sesudah berwuduk
  12. Ketika azan untuk solat
  13. Antara azan dan iqamat
  14. Ketika orang mengucapkan iqamat
  15. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil)
  16. Dalam pertempuran medan perang
  17. Pada akhir tiap-tiap solat solat fardhu
  18. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat)
  19. Ketika sedang membaca Al-Quran
  20. Setelah tamat membaca Al-Quran
  21. Ketika minum air zam-zam
  22. Pada waktu ayam jantan berkokok (waktu pagi)
  23. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
  24. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (bertakbir, bertahmid, mempelajari Al-Quran dan sebagainya)
  25. ketika menutupkan mata orang yang telah mati
  26. Pada waktu turun hujan
Sama-samalah kita mengamalkannya..
klik sini untuk memilikinya

Thursday, November 18, 2010

Bicara Agama-Hikmah tawaran Raja Fadh

Sumber: Utusan Malaysia 18/11/2010


Alhamdulillah. Kisah ini menceritakan tentang seorang insan yang telah diberi hidayah oleh Allah untuk menganuti agama islam. Harap Kita dapat manfaatkan bersama


APABILA Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah di Bukit Tursina, seluruh gunung-ganang di situ bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur sehingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-NYA.
Nabi Musa sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan kuat dan akhirnya pengsan.
"Samalah juga sepatutnya apabila bertemu dengan Nabi Isa yang dikatakan anak tuhan, pasti manusia akan jatuh pengsan juga."
Begitulah yang difikirkan secara logik akal oleh Jerry Duane Gray, 50, mengenai soal ketuhanan pada zaman remajanya dahulu.
"Tetapi saya percaya tuhan itu wujud dan saya ingin sekali masuk ke syurga untuk bertemu dengan-NYA tetapi bagaimana? Lalu ketika itu, saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar mengenai tuhan, siapakah tuhan yang sebenarnya dan bagaimana saya dapat menjadi hamba-Nya yang baik" kata Gray.
Dilahirkan di Wiesbaden Jerman namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun.
Pada zaman muda, Gray mengikuti pengajian kejuruteraan penerbangan di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat.
Sebaik menamatkan pengajian, Gray terus mendapat tawaran pekerjaan yang sangat lumayan iaitu menjadi sebahagian daripada pasukan penyelenggaraan pesawat peribadi milik Raja Fadh yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.
Namun tahukah anda, Gray menolak tawaran itu mentah-mentah.
"Saya tolak tawaran itu kerana saya bimbang akan dibunuh oleh orang Islam. Malah saya sanggup untuk menganggur daripada menerima tawaran tersebut," katanya.
Gray benar-benar memilih untuk hidup sebagai penganggur. Sama ada 'terhormat' mahupun tidak, dia hanya tinggal dalam sebuah kereta di hujung sebuah dermaga di tepi laut di Hawaii.
Untuk memenuhi tuntutan perut yang lapar, Gray hanya memancing ikan. Jika beroleh ikan, maka dapatlah dia mengisi perut. Jika tidak, beliau sanggup kelaparan dengan hanya meneguk air paip yang ada di situ.
Begitulah kehidupan melarat Gray selama enam bulan sebagai penganggur.
"Saya hanya mampu menangis dan memohon agar tuhan memberikan jalan keluar daripada kehidupan yang dirasakan sangat perit ini," katanya.
Tuhan seolah-olah mendengar permintaan Gray, apabila sekali lagi beliau dihulurkan dengan tawaran yang sama, iaitu bekerja untuk Raja Fahd.
"Tetapi saya menganggap tawaran itu sebenarnya sebagai tanda tuhan murka kepada saya sehinggakan saya tidak mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain, malah disuruh juga saya supaya ke Arab Saudi," katanya.
Gray menerima nasihat temannya itu dan akhirnya dengan hati yang berat Gray pun berangkat ke Jeddah.
Namun belum lama Gray di sana, beliau telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang disifatkan sebagai luar biasa.
"Iaitu satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang saya bayangkan selama ini apabila bercakap mengenai Arab dan Islam.
"Ternyata umat Islam di sana begitu taat terhadap tuhan mereka dan lebih mengharukan saya, kalangan orang Arab itu sendiri sebenarnya begitu baik terhadap saya, seolah-olah saya seperti saudara mereka. Belum sempat saya membuka mulut, mereka sudah tahu apa bentuk bantuan yang saya perlukan," katanya.
Pemandangan yang paling menarik bagi Gray apabila umat Islam akan segera meninggalkan apa sahaja yang sedang mereka lakukan apabila azan mula berkumandang untuk segera bersolat.
"Pada suatu hari saya berada berhampiran dengan sebuah kedai emas dan secara tiba-tiba kedengaran suara azan. Apa yang berlaku amat mengejutkan saya apabila kedai emas itu dibiarkan sahaja terbuka sedangkan tiada sesiapa di dalamnya, baik pelanggan mahupun penjualnya.
Begitu juga yang berlaku di jalan raya yang sebelum ini bersimpang siur dengan kenderaan dan mereka yang berjalan kaki bertukar menjadi sepi dan lengang.
Hanya sesekali Gray melihat beberapa anggota polis yang akan menegur mereka yang lewat untuk pergi bersolat.
Tidak lama kemudian, tuan punya kedai emas kembali semula ke kedainya dan apabila melihat Gray terpaku di hadapan kedainya, lalu dia pun bertanya; "Mengapa kamu berdiri sahaja di sini, masuklah ke dalam kedai?"
"Saya tidak mahu masuk kerana bimbang saya disangka pencuri dan lebih teruk saya akan ditahan dan akibatnya tangan saya ini akan dipotong!" jawab Gray.
"Masuk sahajalah ke dalam kedai saya ini, kerana semua ini adalah milik Allah, bukan saya yang punya.
"Malah kamu boleh mengambil apa sahaja di sini kerana mungkin kamu lebih memerlukan berbanding saya kerana seperti yang saya katakan tadi bahawa semua itu adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah jua," kata pemilik kedai itu sambil tersenyum.
Gray bagaikan hendak menangis mendengarkan kata-kata tuan punya kedai emas itu, kerana ucapan yang begitu tulus itu membuatkan hatinya begitu terusik dan terharu.
"Saya percaya dia mempunyai iman yang sangat kuat dan saya ingin sekali mempunyai iman yang seperti itu.
Peristiwa ini membuatkan Gray semakin tertarik untuk mengenali Islam dan beliau sangat suka berbincang mengenai agama itu bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain. Iaitu terutamanya bersama Ahmad, rakannya yang merupakan salah seorang anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Arab Saudi.
Tidak sekadar mereka sering berbincang bersama, malah Ahmad juga memberikan senaskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada Gray.

**Sama-samalah kita muhasabah diri kita sentiasa..

Wednesday, November 17, 2010

Syarat-syarat Doa Makbul


Buku: Indahnya Hidup Bersyariat
Karangan: Dato Ismail Kamus
                Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid









Syarat-syarat doa makbul
  1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil makanan yang haram dan syubhah
  2. Tidak melakukan perbuatan maksiat
  3. Hindarkan fikiran dari perkara-perkara yang tidak baik
  4. Harta yang diperoleh jelas bersih dan halal punca perolehannya
Semoga kita memperolah manfaat :))
Ingin memiliki buku ini? klik sini

Tuesday, November 16, 2010

Takbir Hari Raya Aidil Adha

Asslamualaikum. Alhamdulillah, insya Allah jika panjang umur kita semua akan menyambut HARI RAYA AIDILADHA pada esok hari 16 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431 Hijrah.

Disini disertakan bacaan takbir raya. Moga kita dapat amalkan bersama.

 

Salam AidilAdha

Selamat hari raya Aidiladha warga kami ucapkan kepada anda semua

Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam segala penulisan saya

Semoga sentiasa SUCCES selalu. Amin

Monday, November 15, 2010

BUKU-Indahnya Hidup Bersyariat


Berkongsi bersama serta mengamalkannya :)

Adab-adab berdoa
  1. Dalam keadaan berwuduk
  2. Dalam keadaan menutup aurat
  3. Menghadap kiblat
  4. Dalam keadaan kusyuk dan tawaduk
  5. Tidak tergesa-gesa
  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah
  7. Kemudian berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW
  8. Membaca doa itu dengan penuh harapan akan dikabulkan
  9. Diakhiri dengan selawat dan salam
  10. Seeloknya kita mengetahui isi doa
Buku ini amat menarik, kemas dan diterangkan dalam keadaan bergambar.
Ingin beli secara online klik sini
Semoga kita semua mendapat manfaat. Amin

WWW.LISTEN2QURAN.COM